Pages

Saturday, January 7, 2012

pembukaan tahun baru....

PERJALANAN DAKWAH RASULULLAH
Peringkat dakwah Muhammadiah ke atas para sahabatnya sebelum mereka Islam terbahagi kepada dua bahagian mempunyai perbezaan yang tersendiri ( Safi al- Rahman 1988: 64 ):

1. peringkat di Mekah ( 13 tahun )
2. peringkat di Madinah ( 10 tahun )

kedua peringkat ini meliputi tahap- tahap yang mana setiap tahapnya itu mempunyai cirri- cirri yang tersendiri. Ciri- ciri ini dapat dilihat setelah pemerhatian yang begitu mendalam sepanjang dakwah Rasulullah s.a.w di dalam kedua peringkat tadi. Mungkin peringkat dakwah di Mekah dapat dibahagikan kepada tiga tahap ( Ibid ):

1. Dakwah secara rahsia ( selama tiga tahun ).
2. Menzahirkan dakwah kepada penduduk Mekah ( bermula pada tahun keempat kenabiannya sehingga akhir tahun yang kesepuluh.
3. Dakwah di luar dari kota Mekah ( bermula daripada akhir tahun ke sepuluh kenabian sehingga hijrah Nabi s.a.w ke Madinah ).

4 Mekah Sebelum Kemunculan Dakwah Rasulullah s.a.w

Kebanyakan bangsa Arab menganut agama Ismail a.s yang dikenali sebagai agama hanif. Sesungguhnya Arab menyembah Allah dan mentauhidkanNya, sehinggalah datang Amru bin Luhail. Pada permulaannya, dia dikenali sebagai seorang yang benar, baik, dan begitu perihatin terhadap agama. Maka dia disayangi serta dihormati dan digelar sebagai ulama yang agung. Ketika mana dia bermusafir ke Syam, dia melihat manusia di sana menyembah berhala dan mengangap bahawa itu sesuatu perbuatan yang benar kerana Syam pada ketika itu adalah pusat ilmu. Kemudian dia membawa balik sebuah patung dan mengajak penduduk Mekah untuk menyembah patung tersebut dan mensyirikan Allah. Maka bermula dari sinilah penduduk Mekah menyembah berhala dan memuliakannya. Antara berhala yang paling lama dan besar ialah berhala yang bernama Munah, al- Laat dan al- Uza ( Safi al- Rahman 1977: 27 ). Namun demikian masih terdapat segelintir daripada orang Arab Mekah yang masih berpegang teguh dengan akidah tauhid dan taat pada ajaran Hanif. Antara ajaran agama Hanif yang dibawa oleh nabi Ibarahim a.s ini ialah ( Muhammad Said al- Buty 2001: 21 ):

1. Percaya pada hari kebangkitan
2. Percaya bahawa Allah akan memberi pahala kepada orang- orang yang taat dan menyeksa orang- orang yang melakukan maksiat
3. Membenci penyembahan berhala
4. Mengecam tindakan- tindakan yang buruk

Antara tokoh dan penganut sisa- sisa agama Hanif ini yang terkenal antara lainnya ialah Qais bin Sa`idah al- Ayadi, Ri`ab al- Syani dan pendeta Bahira . Selain itu, dalam tradisi- tradisi mereka juga masih terdapat prinsip- prinsip dan syariah- syariah agama Hanif walaupun telah tercemar dengan patung- patung seperti memuliakan Kabah, Tawaf, Haji, Umrah, Wukuf dan berkorban. Semua ini adalah syariat yang dibawa oleh nabi Ibrahim a.s tetapi mereka tidak melaksanakannya sebagaimana ajarannya yang asal ( Ibid ).


5 Dakwah di Mekah

Sebagaimana yang kita ketahui, Mekah merupakan pusat agama arab pada sebelum kemunculan Nabi s.a.w. patung- patung diletakkan di sekitar Kabah. Patung- patung merupakan sesuatu yang mulia dan suci bagi orang Arab Mekah. Oleh yang demikian, dakwah pada saat ini memerlukan kebijaksaan, iltizam dan azam yang kuat untuk menhadapi keadaan ini. Kebijaksaan yang dapat kita lihat dalam siri dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah ialah dakwah secara bersembunyi.

Bermula dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah selepas turunnya wahyu Allah di dalam surah al- Mudatshir, ayat 1- 7 yang bermaksud:

“ Wahai orang berselimut(1) Bagunlah serta berilah peringatan serta amaran ( kepada manusia )(2). Dan tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya(3). Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan(4). Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi(5). Dan janganlah engkau memberi ( sesuatu dengan tujuan hendak ) mendapat lebih banyak daripadanya(6). Dan bagi ( menjalankan perintah ) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar ( terhadap tentangan musuh )(7)”.

Daripada ayat- ayat yang mulia ini, dapat dirumuskan bahawa dakwah Islamiah mempunyai lima asas penting iaitu ( Safi al- Rahman 1988: 62 ):

1. Mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukanNya
2. Beriman dengan hari Akhirat
3. Membina penyucian jiwa yang dapat menhalang daripada kejahatan dan dapat membuat kebaikan
4. Setiap amalan yang dilakukan hanyalah untuk Allah
5. Semua ini berlaku setelah beriman kepada kerasulan s.a.w dan di bawah kepimpinan serta petunjuknya yang benar

5.1 Dakwah Secara Rahsia

Nabi s.a.w mulai menyambut perintah Allah Taala dengan mengajak manusia untuk menyembah Allah semata- mata dan meninggalkan patung berhala. Tetapi dakwah Nabi ini dilakukan secara rahsia. Dakwah yang sedemikian adalah untunk menghindari tindakan buruk orang- orang Quraisy yang fanatik terhadap kekufuranya. Nabi ketika ini tidak menampakkan dakwahnya di majlis- majlis umum orang- orang Quraiys dan tidak melakukan dakwah kecuali kepada orang- orang yang memiliki hubungan kerabat atau kenalannya sahaja ( Ibnu Hisyam 1955: 296 ).

Orang- orang yang terawal memeluk agama Islam di dalam siri dakwah secara rahsia ini ialah Khadijah ( isteri pertama Rasulullah ), Ali bin Abi Talib ( sepupu Baginda ), Zaid bin Harith ( anak angkatnya ), Abu Bakar bin Quhafah ( teman rapatnya )Uthman bin Affan, Zubair bin Awwan, Abdul al- Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas dan lainnya (Muhammad Said al- Buty 2001: 66 ). Para ulama sirah menetapkan bahawa empat orang yang memeluk Islam pada hari pertama dakwah Islam dan meraka ini ialah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harith dan sahabat rapatnya Abu Bakar bin Quhafah ( Safi al- Rahman 1988: 65 )

Ketika orang- orang yang menganut Islam lebih dari tiga puluh orang, Rasulullah memilih rumah salah seorang daripada mereka iaitu Arqam bin Abi Arqam sebagai tempat pertama mengadakan pembinaan dan pengajaran. Dakwah pada tahap ini menghasilkan sekitar empat puluh lelaki dan wanita yang memeluk Islam. Kebanyakkan mereka adalah orang- orang yang miskin, hamba, dan orang- orang Quraisy yang tidak mempunyai kedudukan ( Muhammad Said al- Buty 2001: 66 ).

Walaupun dakwah ini berjalan secara rahsia, berita tentangnya sebenarnya telah diketahui oleh orang Quraisy. Akan tetapi orang Quraisy pada ketika ini tidak memperdulikannya kerana menganggap Rasulullah s.a.w salah seorang daripada golongan Dayanin yang bercakap mengenai ketuhanan seperti Umayyah bin Abi al- Salat, Qais bin Saadah, Zaid bin Amru, dan seumpama mereka. Mereka beranggapan bahawa dakwah Muhammad tidak akan berjaya manarik ramai manusia dan akan lenyap begitu sahaja ( Muhammad al- Gazali 1998: 96 ).



5.2 Hikmah Dakwah Secara rahsia

Kerahsiaan dakwah Rasulullah selama tahun- tahun yang pertama bukan kerana kebimbangan Rasulullah terhadap dirinya sendiri tetapi sebaliknya adalah untuk menjaga dakwah Islamiah. Allah Taala telah mengilhamkan kepada Rasululullah s.a.w agar menjalankan dakwah secara rahsia dan menyampaikan dakwah kepada orang yang diyakininya akan menerima Islam. Sekiranya Allah memerintahkan RasulNya s.a.w berdakwah secara terbuka pada hari pertama, niscaya Rasulullah s.a.w tidak akan menidakkan perintah itu walaupun harus menhadapi risiko kematian ( Muhammad Said al- Buty 2001: 67 ). Sekiranya ia berlaku sedemikian, tidakkah ia akan menhancurkan dakwah Islam?!.

Oleh yang demikian, jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa sekiranya jumlah kaum Muslimin sedikit atau lemah kedudukannya yang mana pihak musuh boleh mengunakan kekerasan atau membunuh mereka, maka dalam keadaan ini, kemaslahatan jiwa perlu diutamakan. Secara ringkasnya, wajib mengadakan perdamaian atau menrahsiakan dakwah sekiranya tindakan menzahirkan dakwah akan membahayakan dakwah Islamiah ( terhapus ) ( Ibid ).


5.3 Dakwah Secara Terang- Terangan

Ibnu Abbas menceritakan, setelah turun ayat “ dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat” ( surah al- Syura: 214 ), Rasulullah s.a.w segera naik ke bukit Safa kemudian Baginda s.a.w berseru: “ hai Bani Adi !” sehinggalah suku- suku kabilah Quraisy yang lain berkumpul. Sesesiapa yang keuzuran untuk datang, maka diutuskan wakil untuk manyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudiannya, tibalah Abu Lahab bersama- sama beberapa orang Quraisy yang lain. Maka, Rasulullah bertanya kepada mereka:

“ jika kalian aku beritahu bahawa di lembah sana terdapat pasukan berkuda hendak menyerang kalian, apakah kalian mempercayaiku ?”, mereka menyahut: “ ya, kami belum pernah menyaksikan anda berdusta?”. Kemudian beliau berkata: “ sesungguhnya aku datang untuk memberi peringatan kepada kalian bahawa di depan kalian terdapat siksa yang amat keras!”. Mendegar itu Abu Lahab berteriak: “ celakalah engkau selama- lamanya!untuk itukah engkau mengumpulkan kami?!. Saat itulah turunlah firman Allah yang bermaksud; “ celakalah kedua tangan Abu Lahab, dan ia akan binasa …….”.

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang mempunyai kedudukan yang sagat baik di kota kelahirannya. Beliau memperoleh kepercayaan dan kecintaan masyarakat akan tetapi lihatlah betapa Rasulullah menhadapkan dirinya sendiri kepada permusuhan orang- orang yang keras kepala dari tokoh- tokoh masyarakatnya. Namun semua bahaya dan kesulitan itu dirasai ringan oleh beliau kerana tegaknya kebenaran Allah yang telah menjiwai kehidupan beliau ( Muhammad al- Gazali 1998: 170 ).

No comments:

Post a Comment