Pages

Friday, September 11, 2009

HAMAS PEJUANG KOTS SUCI BAITULMAQDDIS







Asal Usul HAMAS


Permulaan tahun 80′an pula telah menyaksikan bagaimana suasana di Palestin mula berubah. Kegagalan usaha kumpulan kiri, revolusi Iran 1979 dan juga kemenangan parti Likud yang ekstrim di Israel telah memberikan satu momentum kepada perjuangan Islam di Palestin. Kebangkitan Islam di kalangan rakyat Palestin juga telah menyumbang kepada suasana yang serba baru ini. Natijahnya, “Saraya Jihad al-Quds” ataupun lebih dikenali sebagai kumpulan Jihad Islami mula muncul. Mereka sebenarnya merupakan kumpulan pecahan dari IM di Gaza yang kecewa dengan kelambatan IM untuk mengumumkan jihad terhadap rejim Zionis. Fathi Shikaki, pengasas Jihad Islami merupakan seorang yang begitu mengkagumi revolusi Iran telah menyatakan pendiriannya ini ketika menubuhkan Jihad Islami. Para anggotanya pula terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada di antara mereka yang berlatar belakangkan IM, ada yang terpengaruh Jamaat Islamiyyah dari Mesir, dan ada yang pengkagum revolusi Iran.

Tahun 1984 telah menyaksikan bagaimana persediaan IM untuk melancarkan jihad telah dibongkar rejim Zionis. Syeikh Ahmad Yassin, pemimpin karismatik IM dan juga orang yang bertanggung jawab membina generasi muda IM di Gaza telah ditangkap. Pelbagai penangkapan lagi telah dilakukan oleh pihak rejim terhadap aktivis IM. Akhirnya suasana tahun 1984-87 yang serba getir ini telah melonjakkan aktivisme IM untuk muncul sebagai sebuah gerakan jihad di Palestin setelah sekian lama “mengeram”. Pada tahun 1985, kepimpinan IM di Palestin telah memobilisasikan para aktivis IM di seluruh Gaza dan Tebing Barat agar turut turun menyertai demonstrasi untuk berhadapan dengan musuh.

Penubuhan HAMAS

Akhirnya pada tahun 1987, IM telah mula menstrukturkan gerakan mereka. Syeikh Ahmad Yassin telah dipilih menjadi pengasas dan pemimpin spiritual HAMAS setelah sekian lama menjadi ketua biro politik IM (yang merupakan biro paling utama IM) di Gaza. Syeikh Salah Syahadah pula dilantik menjadi ketua sayap ketenteraan mereka. Operasi pertama yang mereka lancarkan pada September 1987 oleh Yahya al-Ghoul dan Salah Syahadah walaupun kecil impaknya, namun telah menjadi mercu tanda permulaannya lembaran jihad yang baru bagi IM di Palestin. Keadaan kucar-kacir itu memuncak pada 6 Disember apabila kumpulan Jihad Islami telah berjaya membunuh seorang warga Zionis. Rakyat Israel yang marah telah bertindak balas yang membawa kepada insiden pelanggaran 13 rakyat Palestin oleh warga Zionis menggunakan trak sewaktu mereka pulang dari kerja. Kesannya, empat orang telah meninggal dunia, manakala sembilan yang lainnya pula cedera parah.

No comments:

Post a Comment