Sebut sahaja demokrasi ianya tidak dapat lari daripada pilihan raya. Maka pilihan raya, mungkin menjadi satu
Keadaan konfrantasi sekarang ini, terutamanya apabila setiap orang mulai memintas lawannya dengan apa cara sekalipun, setelah menumpahkan bahang-bahang panasnya kepada orang awam, kepada orang lain yang tidak terlalu ghairah dengan perlumbaan yang kadang-kadang sengit dan memyakitkan itu. Dan yang terlibat itu orang yang sama-sama mengucap dua kalimah syahadah, yang menunaikan solat, puasa yang sama, yang mengeluarkan zakat serta menunaikan haji dalam bentuk dan peraturan yang sama.
Dari segi akidah, dan dari segi perlaksanaan hukum agama dan dari segi cara hidup semua kita adalah orang yang mengesakan tuhan, iaitu Allah yang maha berkuasa. Hal ini menjadi asas kepada penyatuan umat islam, bukan hanya di negara kita sahaja, di seluruh dunia ini, di mana saja kita berada.
Tetapi di dalam gelanggang politik kadang-kadang hukumnya berubah. Akidah dan niat seseorang sering dipersoalkan, amalan baik seseorang dipertikaikan matlamat orang islam yang mengamalkan agama berdasarkan ajaran Allah dan Rasul-nya sering dipertikaikan dan dinafikan oleh orang islam sendiri semata mata ingin mengekalkan dan menegakkan agenda politik tertentu. Sekiranya kita mengikut ajaran yang berpandukan kepada falsafah keilmuan agama kita, maka kita semua harus menghormati perjuangan orang lain selagi jelas dan tidak bercanggah dengan agama kita. Apakah kita saja yang boleh mendakwa bahawa kita sahaja yang berjuang mengikut ajaran al-Quran dan al-Sunnah, sedangkan orang lain juga berkerja untuk agama kita nafikan segala usaha mereka?
Kami percaya ramai orang islam yang merasa gelisah dan kadang-kadang dukacita yang teramat sangat melihat keadaan pertelagahan politik dengan berhujahkan agama secara melulu. Tanpa hormat dan sopan dan tanpa menjaga perasaan sesama umat islam. Gelagat ini amat menjijikan. Bagi bagi orang-orang begini kami yakin mereka akan merasa lega dengan ketibaan pilihan raya, ramai orang yang beranggapan bahawa pilihan raya sekurang-kurangnya akan dapat melegakan sedikit ketegangan yang amat panas yang dirasakan sejak akhir-akhir ini.
Bagaimanapun kita tentu sedar bahawa ketibaan tarikh pilihan raya akan lebih menarik minat orang yang selama ini amat ghairah dengan kempen-kempen kotor dan cemar dan melipatgandakan pencemaran dan kekotoran itu. Al-Quran selalu mengingatkan kita tentang orang-orang yang sakit hatinya. Maka orang-orang ini akan bertambah sakit hatinya berlipat ganda. Namun begitu kita berharap keadaan berlaku sebaliknya, iaitu walaupun sekencang mana sekalipun kempen dalam merebut kerusi, maka kita seharusnya masih dapat mempertahankan nilai-nilai moral kerohanian kita dan masih dapat mengawal kata-kata kita, emosi dan mental kita.
Kalau kita benar-benar yakin kepada agama kita maka kita tentulah tahu bahawa perjuangan merebut kerusi dalam pilihan raya bukanlah segala-galanya di atas muka bumi ini sehingga kita sanggup menggadaikan akhlak dan maruah agama yang suci lagi benar ini. Atau sehingga kita sanggup menghukum dan menghina lawan kita dengan sesuatu yang palsu dan dusta. Kadang-kadang kita harus ingat bahawa kata-kata kesat, fitnah dan palsu hanya akan memakan diri sendiri, kerana orang yang mendengar bukan semua menekan secara bulat-bulat segala apa yang kita lontarkan. Mereka punyai fikiran yang rasional dan dapat berfikir sendiri terhadap apa yang dibicarakan orang. Ada kalanya kita ditolak semata-mata kerana kata-kata yang membayangkan keburukan kita sendiri. Oleh itu setiap orang harus berhati-hati melontarkan dan memainkan kata-katanya agar tidak menjadi perangkap terhadap diri sendiri.
Satu perkara lain yang harus kita berhati-hati ialah tanggungjawab sendiri ketika berhujah dan bercakap. Tanggungjawab kepada Allah S.W.T adalah mengatasi segala tanggungjawab dan amanah yang lain.Di samping mengharap dan berdoa semoga pilihan raya akan berjalan dan berakhir dengan aman damai maka kita juga harus bertindak sebagai orang yang bersopan, beradab dan bertamadun ketika menghadapi peristiwa besar yang bakal menentukan masa depan kita dan anak cucu kita yang akan datang, sekurang-kurangnaya untuk lima tahun lagi.
Negara kita Malaysia, juga tidak dapat lari daripada menghadapi pilihan raya, sebagai rakyat yang telah menghadapi pilihan raya selama sepuluh tahun, rakyat Malaysia seharusnya matang dalam memilih atau membuat pilihan mereka sendiri dan menentukan sikap serta pendiriaan masing-masing.
Satu fonomena tidak sihat yang kelihatan dalam masyarakat islam dalam menjalankan kempen pilihan raya zaman sekarang ialah melabelkan orang-orang yang mereka tidak senangi atau musuh politik mereka, dengan label-label yang kurang sopan tidak beradab kata-kata kasar yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang islam.
Kita semua mesti ingat dan mesti akui bahawa polemik dan kepelbagaian pandangan dan pemikiran di dalam masyarakat adalah sesuatu yang boleh diterima dan dibincangkan dalam rangka pembangunan Negara, termasuk dalam merebut kuasa secara demokrasi melalui pilihan raya. Tetapi yang tidak dapat diterima perebutan memaksa pandangan sendiri secara sempit, tidak bertamadun dan tidak beradab atau bersandarkan kepada akal fikiran. Apa lagi intelek manusia, maka hal inilah yang tidak sepatutnya wujud di dalam masyarakat kita yang telah matang dan membangun dengan baik di dalam bidang-bidang pembangunan.
Bagaimanapun kami berharap bahawa kekecohan pemikiran dan kebimbangan otak kita tidaklah merupakan sesuatu yang kekal dan berterusan hingga ke anak cucu. Biarlah hal ini menjadi satu ombak sementara dalam keghairahan orang yang merebut kerusi dalam politik, kerana kami percaya orang-orang yang menabur janji dan mengatakan sesuatu sesuatu yang buruk kepada lawannya itu sebenarnya ia sendiri mungkin tidak mempercayainya dan ia sendiri tahu bahawa janji-janjinya yang besar-besar itu adalah kosong dan palsu semuanya.
Sebagai orang awam dan sebagai rakyat yang rasional dan boleh berfikir secara matang, sebagai orang islam yang mengetahui bahawa rasul dan nabi terakhir hanyalah nabi kita Muhammad S.A.W dan sebagai pengundi yang selama ini menolak sebarang aliran ekstrem dan aliran perkauman dan keagamaan melulu, oleh itu marilah kepada mereka yang menghadapi pilihan raya laksanakannya secara bijaksana dan terbuka barulah mengikut demokrasi secara islam


No comments:
Post a Comment