MASALAH-MASALAH DEMOKRASI
Isu demokrasi merupakan isu global yang dihadapi oleh setiap Negara didalam dunia.Isu ini turut melanda di Negara timur tengah selaras dengan gelombang yang melanda di soviet union dan eropah timur.Isu ini kembali bergolak di Negara timur tengah setelah tamatnya perang teluk2 yang mana melibatkan antara Iraq dengan Negara sekutu amerika pada tahun awal 90 an dan setelah terjadinya pergolakan politik di aljazair.
Pergolakan di al jazair akibat diberhentikan proses demokrsi bagi mencegah kemaraan parti penyelamat islam atau FIS yang mendominisasi keadaan politik di negara berkenaan ketika itu.Salah satu akhbar di Negara iran menceritakan konflik demokrasi yang melanda di Negara berkenaan
,
Selain itu Negara teluk turut melalui oeristiwa yang berkaitan dengan tuntutan terhadapsuatu pemerintahan yang lebih demokratik bukan sekadar di Kuwait malah turut merana di dalam masalah adalah Negara Iraq .Kedua-dua Negara ini merupakan 2 negara yang berteraskan kepada sistem warisan kuasa.Dan pada umunya mengetahui kebanyakan Negara tanah arab meraih kekuasaan berdasarkan warisan dan secara rampasan kuasa.
Di Arab Saudi turut tidak dapat mengelak dari gelombang perubahan yang melanda di Negara jiran yang lain.Perkara ini bermula pada tahun 1992 yang mana ketika itu pihak pemerintah menahan golangan daie atau dikenali sebagai pihak agama yang fundamental yang radikal.Mereka didakwa menghasut golongan rakyat supaya menjatuhkan kerajaan dinasti al fahd.Golongan ini turut mengecam hebat pemerintah yang ketika penglibatan Riyadh dalam proses perundingan di antara Arab dan Israel yang dirancang oleh amerika serta penglibatan Negara itu dalam kancah perang teluk serta menuntut perluasan penglibatan politik di kalangan rakyat ketika itu.
Mengapa negara barat tidak menghasut rakyat di timur tengah supaya memperjuangkan sistem yang demokratik?.Manakala Negara-negara timur asia yang mana mereka lantang menentang negara yang tidak mengamalkan demokrasi seperti myammar.Di mana aktivis demokrasi iaitu Aung San Suu Kyi yang dianggap sebagai wira di negara komunis tersebut.Segala yang dilakukan beliau sering mendapat perhatian di negara barat. Ini merupakan antara salah satu muslihat yang digunakan oleh pihak barat agar menghasut masyarakat mengikut telunjuk mereka.
Berbalik kepada Negara timur tengah di mana hampir kesemua negara tidak mengamalkan sistem demokrasi.Ini kerana sekiranya dijalankan sistem demokrasi di negara terbabit maka parti yang fundamentalisme yang anti barat akan menang.Negara barat tidak mahu orang timur tengah menjadi ancaman penguasaan mereka.Sebagai contoh Ayatollah Ali khoimeini yang berjaya menumbangkan kerajaan Shah Rajan yang merupakan pro barat.Walhal khoimeini adalah seorang imam dan beliau merupakan penentang barat yang begitu ditakuti barat.Ini telah tertubuhnya sebuah kerajaan republik iran dan pengakhiran kerajaan monarki islam yang terakhir
.
Namun begitu segala perjuangan mereka yang islamis ini tidak menemui jalan yang mudah dan sentiasa berhadapan dengan ranjau yang berliku.Lihat sahaja di Negara mesir yang mana kerajaan pimpinan ismail sajat menghancurkan gerakan ikhwanul muslimin di kota hamma.Malah penindasan terhadap mereka terus berlaku setelah kematian ismail sajat dan kezaliman yang dialami mereka ketika pemerintahan gammal abdel Nasser.Ketika itu gammal abdel Nasser menggunakan populariti ikhwan sebagai batu loncatan bagi beliau untuk menjadi presiden ketika itu.Setelah beliau memiliki apa yang dia inginkan maka bermula penganiyaan terhadap pimpinan ikwanul muslimin.Antara tokoh ikhwan yang menjadi mangsa adalah sayyid al qutb.Begitu juga saudara islam yang berada di bumi Iraq yang menghadapi kekejaman saddam hussien.Hal yang sama turut terjadi para aktivis islam di Saudi,Kuwait dan Bahrain.Mengapa negara terus mendukung Negara-negara terus mendukung kezaliman rejim-rejim yang menindas islam?Ini kerana sistem dictator yang dilakukan oleh Negara arab mampu menjaga kepentingan Negara barat.Setelah kejatuhan blok komunis,barat memang menganggap fundamentalisme islam sebagai ancaman berikutnya.
No comments:
Post a Comment