RSS Subscribe

Thursday, January 19, 2012

waHABI= yaHUDI.....betul ker....

Yahudi adalah bangsa Israel yangg sangat benci kepada Tuhan Nabi Muhammad SAW hanya kerana Nabi akhir zaman itu bukanlah lagi dari Bani israel. Mereka bangsa yang terlalu tebal asobiahnya, sehingga mereka sanggup bermusuh dengan Tuhan. Sebab itu mereka cetuskan Ajaran anti Tuhan- anti Islam, sekularisme dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Yahudi juga dikenali sebagai Zionis. gerakan ini mula di susun rapi setelah Theodore Herl (pengasas organissasi yahudi internasional) menulis buku "Negara Yahudi" pada 1896. Konsep ZIONISME yg menganggap kaum yahudi adalah bangsa terpilih menjadi kuasa terunggul utk memerintah dunia ini. memerintah dunia ini dari bukit Zion atau sion di jarussalem sebagai pusat pemerintah yahudi. Disinilah terletaknya masjidil Aqsa yang telah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim A.S ia adalah tapak bersejarah bagi semua agama samawi. Namun, kerana Yahudi dan Kristian menolak Nabi Muhammad SAW , MAKA Baitul Maqdis menjadi rebutan antara yahudi, kristian dan Islam. Baitul maqdis adalah kota ketiga terbesar umat Islam selepas Makkah Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah.
Makkah Al-Mukarramah:
1) terdapat kaabah dan masjidil Haram,
2) Tanah kelahiran Rasulullah SAW
3) Tapak kenabian Muhammad SAW.

Madinah Al-Munawarrah
1) Terdapat Masjid Nabawi.
2) Terdapat jasad Rasulullah SAW.
3)Terbina Daulah Islam pertama dimana Yahudi terhalau dari Haramain (Makkah dan Madinah).

Baitul maqdis
1) terdapat masjidil Aqsa
2) Kiblat pertama umat islam sebelum diubah ke Masjidil haram
3)Negeri Isra dan miraj tempat perhentian terakhir sebelum Rasulullah SAW MIRAJ KE SIDRATUL MUNTAHA.

Pada 639M dibawah pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, Gabenor Amru bin Ash berjaya menawan Baitul Maqdis dengan aman damai. Pada 1099M perang salib pertama, Baitul maqdis jatuh ketangan kristian. Pada tahun 1189M Salahuddin Al-Ayubi menawan semula Baitul Maqdis dari tangan Richard The Lion Heart. Maka sempurnalah tiga kota suci ini berada dalam khalifah Islamiyah hingga 1917M. Dendam Yahudi terhadap Nabi Muhammad SAW dan Islam semakin mendalam. Satu konpirasi dirancang begitu rapi untuk mennentang kebangkitan Islam dari dalam. Yahudi mendirikan pusat Studi Islam untuk melatih ejen-ejen perisikan untuk menyusup ke dalam masyarakat islam. Tahun 1822 didirikan "Society Asiatic of Paris, di Paris". Tahun 1823 Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland didirikan di Inggeris; Tahun 1842 American Oriental Society, didirikan di Amerika; Tahun 1916 University Of london mendirikan School Of Oriental Studies sekarang menjadi SOAS (School of Oriental and African Studies). Ejen-ejen Orientalis itu dihantar ke negara-negara Islam dan untuk menyamar sebagai Ulama. Di antara TOKOH-TOKOH orientalis dari Yahudi dan Kristian yang menyusup ditengah-tengah umat islam adalah Mr. Hempher (Syaikh Muhammad Majmui) pada tahun 1710 dihantar oleh British ke Mesir, turki, iraq, hijjaz dan sekitarnya. Mr. Christiaan Snouck Hurgronye (Syaikh Abdul Ghaffar) 1857-1936) di Aceh dan Nusantara. Duncan Black MacDonald (1863-1943) dihantar ke Amerika dan menjadi rujukan cenderakawan Islam dari seluruh dunia.


WAHABI DICIPTA YAHUDI
WAHABI satu konspirasi menjatuhkan Islam dari dalam!!

Apa itu WAHABI?
Wahabi adalah satu fahaman yang diasaskan Oleh Muhammad Bin Abdul Wahab. Fahaman ini dinisbahkan atas nama bapaknya Abdul Wahab kepada WAHABI, Tidak kepada namanya sendiri kepada Muhammadi. ini kerana kesepakatan Ulama supaya Umat Islam tidak keliru dengan Fahaman yang dibawa Oleh Muhammad bin Abdul wahab dan Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Muhammad bin Abdul Wahab adalah orang yang Lemah Ingatan dan Gagap. Ayah dan Abangnya sendiri menganggap beliau tidak siuman. Muhammad bin Abdul wahab sangat terpengaruh dengan ajaran Ibnu Taimiyah yang mengasaskan fahaman Mujasimmah. kemudian dia mengembara dan belajar di BASRAH. berguru dengan Syaikh Muhammad Al-Majmui iaitu Mr. Hempher. Beliau adalah seorang yang pakar bahasa Arab, turki, parsi dan telah lama mempelajari islam. Mr. Hempher merasuah Muhammad bin Abdul Wahab dengan hadiah Mutaah 2 orang ejen perempuan Yahudi yang menyamar sebagai muslimah. Maka dengan Mudah Yahudi mengatur untuk mengajar Muhammad Bin Abdul wahab tentang fahaman yang baru yang sesuai dengan rancangan yahudi. Dengan ajran yang baru itu, Muhammad bin Abdul Wahab kembali ke kampungnya, Namun ditentang dan diusir oleh bapaknya seorang Ulama Sunni (Ahlus Sunnah Wal Jamaah).

Kerjasama Yahudi, Keluarga Al-Saud dan Golongan Wahabi membentuk kerajaan Arab Saudi.
Selepas diusir oleh ayahnya, muhammad bin Abdul Wahab menyambung terus menyebarkan ajarannya itu ke seluruh Najd. Perjuangan yang disebarkan oleh muhammad bin Abdul Wahab itu dipantau oleh Mr. Henpher dan disokong oleh kerajaan British. Muhammad Bin Abdul Wahab membawa misi Yahudi kepada pemimpin-pemimpin Arab. Pada Tahun 1747 Muhammad Bin Abdul Wahab bertemu dengan Muhammad bin Sa'ud, dia adalah keturunan Yahudi. Maka bergabunglah Muhammad Bin Abdul Wahab dengan Muhammad bin Sa'ud untuk mengembangkan ajaran wahabi. Diantara ajaran wahabi ialah, Siapa yang tidak ikut wahabi di anggap SESAT, KAFIR, HALAL DARAH dan HARTANYA DIRAMPAS. Dengan fatwa Wahabi Ini, Maka orang-orang yang tidak ikut dengan Wahabi akan dibunuh dan hartanya dirampas. Kaum Wahabi melancarkan Perang didalam dan diluar wilayah Najd, seperti Yaman, Hijjaz, daerah sekitar Syria, dan Iraq. Mereka membantai 300 lelaki wilayah kota Al-Ahsa dan merampas harta milik mereka. Pasukan Muhammad Bin Sa'ud dan Muhammad Bin Abdul Wahab terus melakukan kekejaman keseluruh Arab. Siapa yang Taat kepada ajarannya Wajib berBai'at, bila melawan Wajib dibunuh dan harta miliknya dirampas.

Diantara Umat Islam yang paling banyak dibunuh oleh pasukan ini adalah, Keturunan Rasulullah SAW. Namun ada diantara keturunan Rasulullah SAW yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia. Peninggalan Rasulullah SAW dimusnahkan supaya Umat Islam tidak lagi membesarkan Rasulullah SAW dan keturunannya. Pada Tahun 1793 Muhammad Bin Abdul Wahab meninggal dunia, Namun ajaran Wahabi semakin mengembang dengan sokongan keluarga Muhammad Bin Sa'ud dan British atau Yahudi. Dinasti As-Sa'ud dan golongan Wahabi terus meluaskan jajahannya hinga pada tahun 1912, berjaya menguasai seluruh Najd.

Yahudi mencetuskan Rovulusi Arab untuk menjatuhkan Empayar Islam Usmaniyyah

Ketika pemimpin Empayar Usmaniyyah telah diserang oleh Penyakit Al-Wahan. Agenda Yahudi seturusnya ialah menghapuskan pemerintahan para syarif Makkah yang bertindak sebagai penjaga Haromain. Yahudi melantik satu ejen Yahudi untuk masuk kedalam bangsa Arab. Ejen ini ialah Sainstis yang menguasai 6 bahasa Dunia, termasuklah bahasa Arab. Yahudi mengesan siapakah Tokoh Bangsa Arab yang Inginkan kekuasaan. Ditemukan tokoh Sherif Hussin, wakil empayar Usmaniyyah di haromain. Yahudi berjaya menghasut dan menipu Sherif Hussain untuk membebaskan diri dari Empayar Islam Usmaniyyah. Yahudi menaburkan semangat Nationalism untuk menentang Bangsa Turki dan memimpin empayar Islam Usmaniyyah. Perhubungan antara Yahudi dan Sherif Husain sangat rapat, Bahkan menjadi kawan karip putranya yang bernama Amir Faisal. Amir Faisal berpaling tadah dan memihak kepada Britain, sejak dari itulah kerajaan Arab jadi Tali barut Britain. Atas nasihat Yahudi, Sherif Hussain mengirim surat rahsia, untuk memohon bantuan tenteran British dengan menjanjikan Sherif Hussain sebagai tentera bagi seluruh wilayah Arab, maka mudahlah Yahudi mencatur keluarga ini untuk mengagih-agihkan wilayah-wilayah sesuai dengan perancangan Yahudi. Pada Tahun 1915 Britain mula menduduki kawasan Iraq, akhirnya pada tahun 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Pada tahun 1918, tentera Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Usmaniyyah, iaitu Istanbul. Perjanjian Faisal & Weizmann ditandatangani pada 3 januari 1919 dalam persidangan Paris. Weizmann adalah prasident Pertubuhan Zionis Dunia. Selepas perjanjian itu, Weizmann menjadi Prasident pertama dinegara Israel. Iraq diserahkan kepada Amir Faisal, Jarussalam atau Palestin diserahkan kepada Kristian, Baitul Maqdis diserahkan kepada Yahudi. Pada Tahun 1922, setelah tamat perang dunia pertama, persidangan diadakan. Hasil persidangan, Sistem khilafah Islam di Tamatkan. Kedua, Khalifah dibuang keluar negara. Ketiga, Harta Khalifah dirampas. Keempat, kerajaan Turki Baru ditubuhkan atas dasar Sekular dibawah pimpinan Mustafa Khamar. Negara-negara jajahan Turki usmaniyyah di ambil Alih sebagai jajahan British, prancis dan itali.

Yahudi Melantik Wahabi sebagai Penguasa Haromain
Setelah kejatuhan Empayar Usmaniyyah, Negara-negara kecil seperti Kuwait, Yaman, dan lain-lain diserahkan kepada khabilah-khabilah yang dipilih oleh yahudi. Negara-negara kecil itu, semua tertakluk kepada jajahan British, Prancis dan Itali. Janjinya kepada Sherif Hussain untuk mengangkatnya sebagai penguasa seluruh Arab hanyalah janji Kosong. Sherif Hussain hanya mendapat kerajaan Jordan yang kecil dan miskin. inilah Balasan bagi pengkhianat Islam. Pada Tahun 1925 keluarga As-Sa'ud berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Sherif Hussain. Pada 10 Januari 1926 Abdul Aziz As-Sa'ud ditabalkan menjadi Raja Hijjaz di Masjidil Haram, Makkah. Pada tahun 1932 setelah menguasai sebahagian besar semenanjung Arab, Ibnu Sa'ud menamakan tanah gabunggan hijjaz dan Najd sebagai Arab Saudi. Abdul Aziz ibnu Sa'ud kemudian menabalkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan sokongan Pihak British. Fahaman Wahabi menjadi Agama Rasmi Arab Saudi dan dikembangkan ke seluruh dunia.

Mengapa Yahudi Mencipta Wahabi?
1) Yahudi sangat Faham, kerana kekuatan umat Islam adalah pada kekuatan Rohnya yakni Rohnya sangat kenal Cinta dan Takut kepada Allah SWT, oleh kerana itu Umat islam mesti dipisahkan dari Allah.
2) Yahudi sangat faham, bahawa kehebatan Umat Islam kerana berjaya menghubungkan kekuatan Roh dan kehidupan Lahir. Maka keyakinan adanya kuasa Roh dalam kehidupan Lahir itu mesti dihapuskan.
3) Yahudi sangat Faham, Bahawa Kunci Kemenangan Umat Islam adalah kerana Adanya Bantuan Ghaib dari Allah SWT, maka Yahudi menghapuskan keyakinan Umat Islam kepada Perkara Ghaib Itu. Ulama Sufi dan Tarikat yang mempunyai karomah dikatakan SESAT dan SYIRIK.
4) Yahudi tahu, bahawa kekuatan Islam adalah kepada Pencintaan Umat kepada Rasulullah SAW, Ahlul Bait, dan Para Sahabat Baginda SAW. Maka segala peninggalan atau amalan boleh meyuburkan kepencintaan itu diMUSNAHkan dengan alasan Bida'ah, khurafat, dan Syirik serta lain-lain alasan yang diada-adakan.
5) Yahudi sangat faham Selemah-lemah Umat Islam, Mereka sangat fanatik agama para Ulama. Oleh kerana itu, Ulama baru dan Islam gaya baru mesti dicipta yang sesuai dengan Agenda Yahudi itu.
6) Untuk menguasai Kota Suci Umat Islam Haromain. Yahudi tidak dapat menghancurkannya seperti tempat-tempat yang lain kerana ditakutkan Umat Islam sedunia akan bangkit menentang Yahudi.

Kejahatan Wahabi
1) membuat Fatwa setiap yang Bida'ah itu sesat dan yang sesat itu neraka.
2) membuat Fatwa Umat Islam yang tidak ikut ajarannya itu sesat, Halal Darah dan Hartanya dirampas.
3) Membunuh Keturunan Rasulullah SAW.
4) Menghukumkan Sesat keturunan Rasulullah SAW dan Para sahabat yang Utama.
5) Menganggap Alam Roh Itu tidak Wujud.
6) Menolak adanya Alam Lahir dan Alam Roh.
7) Memusnahkan peninggalan Rasulullah SAW.
8) Dalam mempelajari Ilmu Usuluddin atau Tauhid menganut fahaman Ibnu Taimiyyah, yang menganggap Tuhan Itu berjisim seperti makhluk atau mujassimah.
9) Didalam Feqah dibenarkan menampal-nampal mazhab.
10) Mengambil Sumber Al-Quran dan Hadith tanpa ijma' Ulama dan Qiyas.
11) Melarang keras Umat Islam berdoa dengan tawassul (perantaraan).
12) Melarang menziarahi Kubur sekalipun Makan Nabi muhammad SAW.
13) menghancurkan bangunan atas tempat lahir Nabi SAW.
14) Melarang memuji-muji Nabi seperti baca Qasidah, berzanji, Burdah, tahlil, dan sebagainya.
15) Melarang Umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj, dan semua perayaan hari kerayaan Islam yang lain.
16) Melarang belajar Sifat 20 dan menuduh sesat fahaman Asy'ari iaitu fahaman Kaum Ahlus sunnah Wal Jamaah.
17) Melarang Amalan Tarikat, Umpamanya Tarikat Naqsabandiyyah, Syazali, Muhammadiah dan lain-lain tarikat.
18) Mengundang Amerika untuk mengesport kekayaan minyak di timur tengah.
19) Berkomplot dengan Amerika membina pengkalan tentera di Arab Saudi.
20) Meminta bantuan tentera bersekutu dalam perang, untuk menghancurkan Saddam Hussain.
21) Mencetuskan Gerakkan Teroris seperti Al-Qaeda, dan lain-lain. Untuk memburukkan Imej Islam.
22) Mengubah Arab menjadi Negara Yahudi, dan Haromain menjadi Kota Yahudi, dan lain-lain kejahatan yang merupakan konfirasi Yahudi seperti Punk, Skin Head, Black Metal, Chikano dan lain-lainnya. yakni Untuk menghapuskan keyakinan dan cinta Umat Islam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. supaya umat islam mengikut cara hidup yahudi dan meninggalkan Tuhan Nabi Muhammad SAW.

Jelaslah bahawa tujuan Wahabi adalah untuk meninggalkan Allah SWT dan Rasulullah SAW dan mengikuti Yahudi. Wahabi adalah buatan Yahudi.

Siapakah yang akan memerangi Wahabi?
Wahai Umat Islam seluruh Dunia, Setelah kita tahu Rahsia ini, Marilah kita perangai Wahabi dan Yahudi dengan Langkah-langkah Ini.

1) Jangan terpengaruh dengan Ajaran ini, jaga diri dan keluarga Anda dari aliran Ini.
2) Berpegang teguhlah kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu Aqidah yang dibawa Imam Abu Hassan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Muntaridi.
3) Kuatkan Hubungan dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW, Kuatkan Hablum minal lah dan Hablum minal Nas.
4) Berfeqah dengan salah satu mazhab yang 4 iaitu Syafi'e, Maliki, Hanbali dan Hanafi. jangan dicampur-campur.
5) Lawanlah Hawa Nafsu Buang segala Sifat Jahat dalam Diri Kita dengan berTasawuf berpandukan Imam Al-Ghazali.
6) Amalkan wirid dan zikir secara berdisiplin dan istiqamah atau amalkan Tarikat yang ada Mursyid.
7) Jangan Mudah terpancing tawaran manis wahabi.
8) jangan sekali-kali terlibat dengan gerakkan militan.
9) Banyaklah bertaubat atas dosa-dosa sendiri dan dosa Umat Islam.
10) Berdoalah kepada Allah SWT supaya Allah SWT segera Hantar pemimpin yang membawa kebenaran untuk menentang Wahabi dan menghapuskan ajaran ini.
sumber@ pt




MENGENAL MANHAJ FAHAMAN WAHABI
Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:
Dari Sudut AQIDAH:
01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.
04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.
06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).
07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.
Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.
04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.
05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.
06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.
Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.
02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.
03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.
04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.
05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.
06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.
08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.
09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.
10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.
11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

Saturday, January 7, 2012

pembukaan tahun baru....

PERJALANAN DAKWAH RASULULLAH
Peringkat dakwah Muhammadiah ke atas para sahabatnya sebelum mereka Islam terbahagi kepada dua bahagian mempunyai perbezaan yang tersendiri ( Safi al- Rahman 1988: 64 ):

1. peringkat di Mekah ( 13 tahun )
2. peringkat di Madinah ( 10 tahun )

kedua peringkat ini meliputi tahap- tahap yang mana setiap tahapnya itu mempunyai cirri- cirri yang tersendiri. Ciri- ciri ini dapat dilihat setelah pemerhatian yang begitu mendalam sepanjang dakwah Rasulullah s.a.w di dalam kedua peringkat tadi. Mungkin peringkat dakwah di Mekah dapat dibahagikan kepada tiga tahap ( Ibid ):

1. Dakwah secara rahsia ( selama tiga tahun ).
2. Menzahirkan dakwah kepada penduduk Mekah ( bermula pada tahun keempat kenabiannya sehingga akhir tahun yang kesepuluh.
3. Dakwah di luar dari kota Mekah ( bermula daripada akhir tahun ke sepuluh kenabian sehingga hijrah Nabi s.a.w ke Madinah ).

4 Mekah Sebelum Kemunculan Dakwah Rasulullah s.a.w

Kebanyakan bangsa Arab menganut agama Ismail a.s yang dikenali sebagai agama hanif. Sesungguhnya Arab menyembah Allah dan mentauhidkanNya, sehinggalah datang Amru bin Luhail. Pada permulaannya, dia dikenali sebagai seorang yang benar, baik, dan begitu perihatin terhadap agama. Maka dia disayangi serta dihormati dan digelar sebagai ulama yang agung. Ketika mana dia bermusafir ke Syam, dia melihat manusia di sana menyembah berhala dan mengangap bahawa itu sesuatu perbuatan yang benar kerana Syam pada ketika itu adalah pusat ilmu. Kemudian dia membawa balik sebuah patung dan mengajak penduduk Mekah untuk menyembah patung tersebut dan mensyirikan Allah. Maka bermula dari sinilah penduduk Mekah menyembah berhala dan memuliakannya. Antara berhala yang paling lama dan besar ialah berhala yang bernama Munah, al- Laat dan al- Uza ( Safi al- Rahman 1977: 27 ). Namun demikian masih terdapat segelintir daripada orang Arab Mekah yang masih berpegang teguh dengan akidah tauhid dan taat pada ajaran Hanif. Antara ajaran agama Hanif yang dibawa oleh nabi Ibarahim a.s ini ialah ( Muhammad Said al- Buty 2001: 21 ):

1. Percaya pada hari kebangkitan
2. Percaya bahawa Allah akan memberi pahala kepada orang- orang yang taat dan menyeksa orang- orang yang melakukan maksiat
3. Membenci penyembahan berhala
4. Mengecam tindakan- tindakan yang buruk

Antara tokoh dan penganut sisa- sisa agama Hanif ini yang terkenal antara lainnya ialah Qais bin Sa`idah al- Ayadi, Ri`ab al- Syani dan pendeta Bahira . Selain itu, dalam tradisi- tradisi mereka juga masih terdapat prinsip- prinsip dan syariah- syariah agama Hanif walaupun telah tercemar dengan patung- patung seperti memuliakan Kabah, Tawaf, Haji, Umrah, Wukuf dan berkorban. Semua ini adalah syariat yang dibawa oleh nabi Ibrahim a.s tetapi mereka tidak melaksanakannya sebagaimana ajarannya yang asal ( Ibid ).


5 Dakwah di Mekah

Sebagaimana yang kita ketahui, Mekah merupakan pusat agama arab pada sebelum kemunculan Nabi s.a.w. patung- patung diletakkan di sekitar Kabah. Patung- patung merupakan sesuatu yang mulia dan suci bagi orang Arab Mekah. Oleh yang demikian, dakwah pada saat ini memerlukan kebijaksaan, iltizam dan azam yang kuat untuk menhadapi keadaan ini. Kebijaksaan yang dapat kita lihat dalam siri dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah ialah dakwah secara bersembunyi.

Bermula dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah selepas turunnya wahyu Allah di dalam surah al- Mudatshir, ayat 1- 7 yang bermaksud:

“ Wahai orang berselimut(1) Bagunlah serta berilah peringatan serta amaran ( kepada manusia )(2). Dan tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya(3). Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan(4). Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi(5). Dan janganlah engkau memberi ( sesuatu dengan tujuan hendak ) mendapat lebih banyak daripadanya(6). Dan bagi ( menjalankan perintah ) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar ( terhadap tentangan musuh )(7)”.

Daripada ayat- ayat yang mulia ini, dapat dirumuskan bahawa dakwah Islamiah mempunyai lima asas penting iaitu ( Safi al- Rahman 1988: 62 ):

1. Mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukanNya
2. Beriman dengan hari Akhirat
3. Membina penyucian jiwa yang dapat menhalang daripada kejahatan dan dapat membuat kebaikan
4. Setiap amalan yang dilakukan hanyalah untuk Allah
5. Semua ini berlaku setelah beriman kepada kerasulan s.a.w dan di bawah kepimpinan serta petunjuknya yang benar

5.1 Dakwah Secara Rahsia

Nabi s.a.w mulai menyambut perintah Allah Taala dengan mengajak manusia untuk menyembah Allah semata- mata dan meninggalkan patung berhala. Tetapi dakwah Nabi ini dilakukan secara rahsia. Dakwah yang sedemikian adalah untunk menghindari tindakan buruk orang- orang Quraisy yang fanatik terhadap kekufuranya. Nabi ketika ini tidak menampakkan dakwahnya di majlis- majlis umum orang- orang Quraiys dan tidak melakukan dakwah kecuali kepada orang- orang yang memiliki hubungan kerabat atau kenalannya sahaja ( Ibnu Hisyam 1955: 296 ).

Orang- orang yang terawal memeluk agama Islam di dalam siri dakwah secara rahsia ini ialah Khadijah ( isteri pertama Rasulullah ), Ali bin Abi Talib ( sepupu Baginda ), Zaid bin Harith ( anak angkatnya ), Abu Bakar bin Quhafah ( teman rapatnya )Uthman bin Affan, Zubair bin Awwan, Abdul al- Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas dan lainnya (Muhammad Said al- Buty 2001: 66 ). Para ulama sirah menetapkan bahawa empat orang yang memeluk Islam pada hari pertama dakwah Islam dan meraka ini ialah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harith dan sahabat rapatnya Abu Bakar bin Quhafah ( Safi al- Rahman 1988: 65 )

Ketika orang- orang yang menganut Islam lebih dari tiga puluh orang, Rasulullah memilih rumah salah seorang daripada mereka iaitu Arqam bin Abi Arqam sebagai tempat pertama mengadakan pembinaan dan pengajaran. Dakwah pada tahap ini menghasilkan sekitar empat puluh lelaki dan wanita yang memeluk Islam. Kebanyakkan mereka adalah orang- orang yang miskin, hamba, dan orang- orang Quraisy yang tidak mempunyai kedudukan ( Muhammad Said al- Buty 2001: 66 ).

Walaupun dakwah ini berjalan secara rahsia, berita tentangnya sebenarnya telah diketahui oleh orang Quraisy. Akan tetapi orang Quraisy pada ketika ini tidak memperdulikannya kerana menganggap Rasulullah s.a.w salah seorang daripada golongan Dayanin yang bercakap mengenai ketuhanan seperti Umayyah bin Abi al- Salat, Qais bin Saadah, Zaid bin Amru, dan seumpama mereka. Mereka beranggapan bahawa dakwah Muhammad tidak akan berjaya manarik ramai manusia dan akan lenyap begitu sahaja ( Muhammad al- Gazali 1998: 96 ).



5.2 Hikmah Dakwah Secara rahsia

Kerahsiaan dakwah Rasulullah selama tahun- tahun yang pertama bukan kerana kebimbangan Rasulullah terhadap dirinya sendiri tetapi sebaliknya adalah untuk menjaga dakwah Islamiah. Allah Taala telah mengilhamkan kepada Rasululullah s.a.w agar menjalankan dakwah secara rahsia dan menyampaikan dakwah kepada orang yang diyakininya akan menerima Islam. Sekiranya Allah memerintahkan RasulNya s.a.w berdakwah secara terbuka pada hari pertama, niscaya Rasulullah s.a.w tidak akan menidakkan perintah itu walaupun harus menhadapi risiko kematian ( Muhammad Said al- Buty 2001: 67 ). Sekiranya ia berlaku sedemikian, tidakkah ia akan menhancurkan dakwah Islam?!.

Oleh yang demikian, jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa sekiranya jumlah kaum Muslimin sedikit atau lemah kedudukannya yang mana pihak musuh boleh mengunakan kekerasan atau membunuh mereka, maka dalam keadaan ini, kemaslahatan jiwa perlu diutamakan. Secara ringkasnya, wajib mengadakan perdamaian atau menrahsiakan dakwah sekiranya tindakan menzahirkan dakwah akan membahayakan dakwah Islamiah ( terhapus ) ( Ibid ).


5.3 Dakwah Secara Terang- Terangan

Ibnu Abbas menceritakan, setelah turun ayat “ dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat” ( surah al- Syura: 214 ), Rasulullah s.a.w segera naik ke bukit Safa kemudian Baginda s.a.w berseru: “ hai Bani Adi !” sehinggalah suku- suku kabilah Quraisy yang lain berkumpul. Sesesiapa yang keuzuran untuk datang, maka diutuskan wakil untuk manyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudiannya, tibalah Abu Lahab bersama- sama beberapa orang Quraisy yang lain. Maka, Rasulullah bertanya kepada mereka:

“ jika kalian aku beritahu bahawa di lembah sana terdapat pasukan berkuda hendak menyerang kalian, apakah kalian mempercayaiku ?”, mereka menyahut: “ ya, kami belum pernah menyaksikan anda berdusta?”. Kemudian beliau berkata: “ sesungguhnya aku datang untuk memberi peringatan kepada kalian bahawa di depan kalian terdapat siksa yang amat keras!”. Mendegar itu Abu Lahab berteriak: “ celakalah engkau selama- lamanya!untuk itukah engkau mengumpulkan kami?!. Saat itulah turunlah firman Allah yang bermaksud; “ celakalah kedua tangan Abu Lahab, dan ia akan binasa …….”.

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang mempunyai kedudukan yang sagat baik di kota kelahirannya. Beliau memperoleh kepercayaan dan kecintaan masyarakat akan tetapi lihatlah betapa Rasulullah menhadapkan dirinya sendiri kepada permusuhan orang- orang yang keras kepala dari tokoh- tokoh masyarakatnya. Namun semua bahaya dan kesulitan itu dirasai ringan oleh beliau kerana tegaknya kebenaran Allah yang telah menjiwai kehidupan beliau ( Muhammad al- Gazali 1998: 170 ).

Saturday, January 9, 2010

Kehidupan

manusia mencari kepayahan didalam kesenangan.....
yang dinampak indah walhal pedih balasan
dari ditatih akan tiba di julang........
manusia ni lemah dari ia

Sunday, October 11, 2009

dzunnul al misri

Ahmad Qodri Abdillah Azizy,dkk., Ensiklopedi Tematis Dunia Islam; Akar Dan Awal, (Jakarta: PT. Ichtiar Baru Van Hoeve, 2001.) jilid VII,
Tokoh yang bernama DZunnul Al-Misri. Beliau telah dilahirkan Akhmim di Negara Mesir. Beliau merupakan antara tokoh sufi terkenal pada awal zaman sufi. Disamping itu juga beliau memiliki kedudukan tinggi dizamanya.Nama lengkapnya ialah Abu al- Faidl Tsauban bin Ibrahim Dzunnul al-Nun al-Misri al-Akhmini Qibthy.Ia dilahirkan di Akhmin daerah Mesir.ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dia berasal Naubah suatu negeri yang terletak antara Sudan dan Mesir. Tahun kelahirannya tidak banyak diketahui, yang diketahui hanya tahun wafatnya, yaitu 860 M. Menurut Hamka, beliau merupakan puncaknya kaum sufi dalam abad ketiga hijriah. Beliaulah yang banyak sekali menambahkan jalan buat menuju Tuhan. Iaitu mencintai Tuhan, membenci yang sedikit, menurut garis perintah yang diturunkan dan takut terpaling dari jalan yang benar.

Dzunnul al-Misri, memandang bahawa ulama- ulama Hadits dan Fiqh memberikan ilmunya kepada masyarakat sebagai suatu hal yang menarik keduniaan di samping sebagai obor bagi agama. Pandangan hidupnya yang cukup sensitif barangkali menyebabkan para fuqaha mulai membenci dan menentangnya dan sekaligus menuduhnya sebagai seorang zindiq. Tidak hanya sampai di situ, bahkan para fuqaha mengadukannya kepada ulama Mesir yang pada waktu itu dipimpin oleh Muhammad bin Abdul Hakam penganut mazhab Maliki. Dzunnul Misri dipanggil dan ditanya oleh pimpinan ulama itu. Dari berbagai jawapan dan huraian yang diberikannya, maka pimpinan ulama itu menuduhnya sebagai seorang zindiq. Setelah itu Dzunnul merasa bahwa dirinya tidak lagi disenangi masyarakat daerahnya. Untuk itu ia memutuskan untuk sementara waktu bermusafir ketempat lain. Setelah merantau beberapa lama ia kembali pulang ke Mesir dan penguasa waktu itu ialah Ibnu Abi Laits, berfahaman mazhab Hanafi sebagai pengganti Muhammad bin Abdul Hakam yang meninggal. Di Mesir, ia dituduh orang banyak sebagai orang yang zindiq dan demikian pula sikap penguasa waktu itu. Bahkan menyuruhnya pergi ke Baghdad menemui khalifah untuk menerima hukuman penjara.
Akan tetapi di Baghdad banyak sufi yang berasal dari Mesir dan di antara mereka ada yang bekerja sebagai pegawai dilingkungan istana. Para sufi itu berusaha agar khalifah al-Mutawakkil bersedia menerima kedatangan Dzunnul al- Misri. Ternyata kemudian khalifa al-Mutawakkil bersedia menerima kedatangan Dzunnul al-Misri serta menerima ajaran- ajaran yang dikembangkannya. Pada waktu al-Misri akan kembali ke Mesir, khalifah melepasnya dengan penghormatan. Sesampainya di Mesir, ia kembali menyebar luaskan ajaran tasawufnya dan sejak itu pulalah tasawuf berkembang dengan pesat di kawasan Mesir. Namun tidak lama kemudian ia wafat di Jizah dan makamkan di Qurafah shughra pada tahun 245 Hijriyah.

Thursday, September 17, 2009

Riwayat Hidup As-Syahid Syaikh Ahmad Yasin

Beliau adalah Ahmad Ismail Yasin, dilahirkan pada tahun 1938 di desa el Jaura pinggiran el Mijdal, selatan Jalur Gaza. Mengungsi bersama keluarganya ke Jalur Gaza setelah perang Palestina (nakbah) tahun 1948.

Mengalami kelumpuhan total sejak muda akibat kecelakaan dalam sebuah aktifitas oleh raga.

Bekerja sebagai guru Bahasa Arab dan Tarbiyah Islamiyah, kemudian bertugas sebagai khatib dan guru di masjid-masjid Gaza. Dalam masa penjajahan, dia menjadi khatib paling populer di kalangan masyarakat Jalur Gaza karena kekuatan argumennya dan keberaniannya dalam al haq (kebenaran).

Menjadi ketua perhimpunan Islam di Jalur Gaza

Pada tahun 1983, Syaikh Ahmad Yasin ditangkap rezim Imperialis Israel atas tuduhan memiliki senjata, membentuk pasukan militer dan menyerukan pelenyapan eksistensi negara Yahudi. Karenanya, beliau dihadapkan ke mahkamah militer Israel dan divonis 13 tahun penjara.

Pada tahun 1985, beliau dibebaskan dalam rangka pertukaran tahanan antara pihak rezim Imperialis Israel dengan PFLL (Front Rakyat untuk Pembebasan Palestina) - Pimpinan Umum, setelah mendekam 11 bulan dalam penjara rezim Imperialis Israel

Bersama para kativis perlawanan islam (islamiyun) Palestina, beliau mendirikan organisasi perlawanan, Gerakan Perlawanan Islam "Hamas" - Palestina, di Jalur Gaza pada tahun 1987.

Pada akhir bulan Agustus 1988, militer Imperialis Israel menyerbu rumah kediaman beliau di Gaza. Mereka melakukan pengeledahan dan mengancam membuangnya di atas kursi roda yang beliau duduki sehari-hari ke Libanon.

Pada malam hari tanggal 17 Mei 1989, rezim Imperialis Israel kembali menangkap Syaikh Ahmad Yasin berserta ratusan aktivis Gerakan Hamas, dalam rangka upaya menghentikan perlawanan bersenjata yang terjadi ketika itu dengan mengambil bentuk serangan dengan menggunakan as silah al abyadh (senjata putih), yakni selain senjata api terhadap serdadu-serdadu Israel, warga Yahudi serta penculikan terhadap agen-agen Israel.

Pada tanggal 16 Oktober 1991, mahkamah militer Imperialis Israel mengeluarkan keputusan dengan memvonis Syaikh Ahmad Yasin berupa penjara seumur hidup ditambah 15 tahun, setelah disodorkan daftar tuduhan sebanyak sembilan item. Di antaranya seruan (provokasi) penculikan dan pembunuhan terhadap serdadu-serdadu Imperialis Israel, pendirian Gerakan Hamas beserta sayap militer dan dinas keamanannya.

Di samping menderita kelumpuhan total, Syaikh Ahmad Yasin juga menderita beberapa penyakit lain. Di antaranya, kebutaan di mata kirinya dan lemah pandangan di mata kanannya akibat penyiksaan yang beliau alami saat menjalani penyidikan, menderita radang telinga cukup kronis, alergi paru-paru, beberapa penyakit dan peradangan dalam dan usus. Kondisi penahanan yang buruk yang dialami Syaikh Ahmad Yasin menyebabkan merosotnya kondisi kesehatannya, sehinggga harus dipindahkan ke rumah sakit beberapa kali. Kondisi kesehatan Syaikh Ahmad Yasin terus menurun akibat penahanan dan tidak adanya pelayanan kesehatan yang memadai.

Pada tanggal 13 Desember 1992, sekelompok sukarelawan berani mati (fida'i) dari Brigade Izzuddin al Qassam menculik seorang serdadu militer Imperialis Israel. Brigade Izzuddin al Qassam menuntut pelepasan serdadu Israel tersebut dengan kompensasi pembebasan Syaikh Ahmad Yasin dan beberapa tawanan di penjara rezim Imperialis Israel, di antara mereka ada sedang menderita sakit, orang lanjut usia serta beberapa tawanan Arab yang ditangkap militer Imperialis Israel di Lebanon. Namun pihak Imperialis Israel menolak tuntutan tersebut, bahkan balik melancarkan serangan ke lokasi penahanan serdadu Israel tersebut, sehingga menyebabkan kematiannya serta kematian komandan kesatuan penyerangan pasukan Imperialis Israel dalam penyerangan tersebut, sebelum syahidnya para pahlawan sukarelawan berani mati di dalam rumah yang berlokasi di desa Beir Nebala, dekat Jerusalem.

Rabu pagi, tanggal 1 Oktober 1997, Syaikh Ahmad Yasin dibebaskan berkat perjanjian yang berlangsung antara Jordania dan rezim Imperialis Israel, dengan kompensasi penyerahan dua agen (antek) Zionis yang tertangkap di Jordan setelah mereka gagal dalam upaya pembunuhan terhadap al-Akh Khalid Misy'al, Kepala Biro Politik Hamas di Amman.

Senin subuh 22 maret 2004, adalah hari kebahagiaannya; syahid menemui kekasih tercintanya, setelah 3 rudal yang dilepaskan melalui helikopter Apache milik komplotan jahanam Zionis menghantam tubuhnya yang lumpuh total.

(AM Rais)

Wednesday, September 16, 2009

DEMOKRASI- Pililihan raya

Sebut sahaja demokrasi ianya tidak dapat lari daripada pilihan raya. Maka pilihan raya, mungkin menjadi satu medan ujian yang paling ketara untuk menduga para pelaku dan pejuangnya. Terutamanya yang memahami ayat al-Quran, untuk mempratikkan apa yang difahami dari ayat tersebut. Peradaban dan tamadun manusia seharusnya dijadikan wadah perjuangan dan perlawanan di mana-mana saja manusia yang berjuang.

Keadaan konfrantasi sekarang ini, terutamanya apabila setiap orang mulai memintas lawannya dengan apa cara sekalipun, setelah menumpahkan bahang-bahang panasnya kepada orang awam, kepada orang lain yang tidak terlalu ghairah dengan perlumbaan yang kadang-kadang sengit dan memyakitkan itu. Dan yang terlibat itu orang yang sama-sama mengucap dua kalimah syahadah, yang menunaikan solat, puasa yang sama, yang mengeluarkan zakat serta menunaikan haji dalam bentuk dan peraturan yang sama.

Dari segi akidah, dan dari segi perlaksanaan hukum agama dan dari segi cara hidup semua kita adalah orang yang mengesakan tuhan, iaitu Allah yang maha berkuasa. Hal ini menjadi asas kepada penyatuan umat islam, bukan hanya di negara kita sahaja, di seluruh dunia ini, di mana saja kita berada.

Tetapi di dalam gelanggang politik kadang-kadang hukumnya berubah. Akidah dan niat seseorang sering dipersoalkan, amalan baik seseorang dipertikaikan matlamat orang islam yang mengamalkan agama berdasarkan ajaran Allah dan Rasul-nya sering dipertikaikan dan dinafikan oleh orang islam sendiri semata mata ingin mengekalkan dan menegakkan agenda politik tertentu. Sekiranya kita mengikut ajaran yang berpandukan kepada falsafah keilmuan agama kita, maka kita semua harus menghormati perjuangan orang lain selagi jelas dan tidak bercanggah dengan agama kita. Apakah kita saja yang boleh mendakwa bahawa kita sahaja yang berjuang mengikut ajaran al-Quran dan al-Sunnah, sedangkan orang lain juga berkerja untuk agama kita nafikan segala usaha mereka?

Kami percaya ramai orang islam yang merasa gelisah dan kadang-kadang dukacita yang teramat sangat melihat keadaan pertelagahan politik dengan berhujahkan agama secara melulu. Tanpa hormat dan sopan dan tanpa menjaga perasaan sesama umat islam. Gelagat ini amat menjijikan. Bagi bagi orang-orang begini kami yakin mereka akan merasa lega dengan ketibaan pilihan raya, ramai orang yang beranggapan bahawa pilihan raya sekurang-kurangnya akan dapat melegakan sedikit ketegangan yang amat panas yang dirasakan sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun kita tentu sedar bahawa ketibaan tarikh pilihan raya akan lebih menarik minat orang yang selama ini amat ghairah dengan kempen-kempen kotor dan cemar dan melipatgandakan pencemaran dan kekotoran itu. Al-Quran selalu mengingatkan kita tentang orang-orang yang sakit hatinya. Maka orang-orang ini akan bertambah sakit hatinya berlipat ganda. Namun begitu kita berharap keadaan berlaku sebaliknya, iaitu walaupun sekencang mana sekalipun kempen dalam merebut kerusi, maka kita seharusnya masih dapat mempertahankan nilai-nilai moral kerohanian kita dan masih dapat mengawal kata-kata kita, emosi dan mental kita.

Kalau kita benar-benar yakin kepada agama kita maka kita tentulah tahu bahawa perjuangan merebut kerusi dalam pilihan raya bukanlah segala-galanya di atas muka bumi ini sehingga kita sanggup menggadaikan akhlak dan maruah agama yang suci lagi benar ini. Atau sehingga kita sanggup menghukum dan menghina lawan kita dengan sesuatu yang palsu dan dusta. Kadang-kadang kita harus ingat bahawa kata-kata kesat, fitnah dan palsu hanya akan memakan diri sendiri, kerana orang yang mendengar bukan semua menekan secara bulat-bulat segala apa yang kita lontarkan. Mereka punyai fikiran yang rasional dan dapat berfikir sendiri terhadap apa yang dibicarakan orang. Ada kalanya kita ditolak semata-mata kerana kata-kata yang membayangkan keburukan kita sendiri. Oleh itu setiap orang harus berhati-hati melontarkan dan memainkan kata-katanya agar tidak menjadi perangkap terhadap diri sendiri.

Satu perkara lain yang harus kita berhati-hati ialah tanggungjawab sendiri ketika berhujah dan bercakap. Tanggungjawab kepada Allah S.W.T adalah mengatasi segala tanggungjawab dan amanah yang lain.Di samping mengharap dan berdoa semoga pilihan raya akan berjalan dan berakhir dengan aman damai maka kita juga harus bertindak sebagai orang yang bersopan, beradab dan bertamadun ketika menghadapi peristiwa besar yang bakal menentukan masa depan kita dan anak cucu kita yang akan datang, sekurang-kurangnaya untuk lima tahun lagi.

Negara kita Malaysia, juga tidak dapat lari daripada menghadapi pilihan raya, sebagai rakyat yang telah menghadapi pilihan raya selama sepuluh tahun, rakyat Malaysia seharusnya matang dalam memilih atau membuat pilihan mereka sendiri dan menentukan sikap serta pendiriaan masing-masing.

Satu fonomena tidak sihat yang kelihatan dalam masyarakat islam dalam menjalankan kempen pilihan raya zaman sekarang ialah melabelkan orang-orang yang mereka tidak senangi atau musuh politik mereka, dengan label-label yang kurang sopan tidak beradab kata-kata kasar yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang islam.

Kita semua mesti ingat dan mesti akui bahawa polemik dan kepelbagaian pandangan dan pemikiran di dalam masyarakat adalah sesuatu yang boleh diterima dan dibincangkan dalam rangka pembangunan Negara, termasuk dalam merebut kuasa secara demokrasi melalui pilihan raya. Tetapi yang tidak dapat diterima perebutan memaksa pandangan sendiri secara sempit, tidak bertamadun dan tidak beradab atau bersandarkan kepada akal fikiran. Apa lagi intelek manusia, maka hal inilah yang tidak sepatutnya wujud di dalam masyarakat kita yang telah matang dan membangun dengan baik di dalam bidang-bidang pembangunan.

Bagaimanapun kami berharap bahawa kekecohan pemikiran dan kebimbangan otak kita tidaklah merupakan sesuatu yang kekal dan berterusan hingga ke anak cucu. Biarlah hal ini menjadi satu ombak sementara dalam keghairahan orang yang merebut kerusi dalam politik, kerana kami percaya orang-orang yang menabur janji dan mengatakan sesuatu sesuatu yang buruk kepada lawannya itu sebenarnya ia sendiri mungkin tidak mempercayainya dan ia sendiri tahu bahawa janji-janjinya yang besar-besar itu adalah kosong dan palsu semuanya.

Sebagai orang awam dan sebagai rakyat yang rasional dan boleh berfikir secara matang, sebagai orang islam yang mengetahui bahawa rasul dan nabi terakhir hanyalah nabi kita Muhammad S.A.W dan sebagai pengundi yang selama ini menolak sebarang aliran ekstrem dan aliran perkauman dan keagamaan melulu, oleh itu marilah kepada mereka yang menghadapi pilihan raya laksanakannya secara bijaksana dan terbuka barulah mengikut demokrasi secara islam

Friday, September 11, 2009

HAMAS PEJUANG KOTS SUCI BAITULMAQDDIS







Asal Usul HAMAS


Permulaan tahun 80′an pula telah menyaksikan bagaimana suasana di Palestin mula berubah. Kegagalan usaha kumpulan kiri, revolusi Iran 1979 dan juga kemenangan parti Likud yang ekstrim di Israel telah memberikan satu momentum kepada perjuangan Islam di Palestin. Kebangkitan Islam di kalangan rakyat Palestin juga telah menyumbang kepada suasana yang serba baru ini. Natijahnya, “Saraya Jihad al-Quds” ataupun lebih dikenali sebagai kumpulan Jihad Islami mula muncul. Mereka sebenarnya merupakan kumpulan pecahan dari IM di Gaza yang kecewa dengan kelambatan IM untuk mengumumkan jihad terhadap rejim Zionis. Fathi Shikaki, pengasas Jihad Islami merupakan seorang yang begitu mengkagumi revolusi Iran telah menyatakan pendiriannya ini ketika menubuhkan Jihad Islami. Para anggotanya pula terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada di antara mereka yang berlatar belakangkan IM, ada yang terpengaruh Jamaat Islamiyyah dari Mesir, dan ada yang pengkagum revolusi Iran.

Tahun 1984 telah menyaksikan bagaimana persediaan IM untuk melancarkan jihad telah dibongkar rejim Zionis. Syeikh Ahmad Yassin, pemimpin karismatik IM dan juga orang yang bertanggung jawab membina generasi muda IM di Gaza telah ditangkap. Pelbagai penangkapan lagi telah dilakukan oleh pihak rejim terhadap aktivis IM. Akhirnya suasana tahun 1984-87 yang serba getir ini telah melonjakkan aktivisme IM untuk muncul sebagai sebuah gerakan jihad di Palestin setelah sekian lama “mengeram”. Pada tahun 1985, kepimpinan IM di Palestin telah memobilisasikan para aktivis IM di seluruh Gaza dan Tebing Barat agar turut turun menyertai demonstrasi untuk berhadapan dengan musuh.

Penubuhan HAMAS

Akhirnya pada tahun 1987, IM telah mula menstrukturkan gerakan mereka. Syeikh Ahmad Yassin telah dipilih menjadi pengasas dan pemimpin spiritual HAMAS setelah sekian lama menjadi ketua biro politik IM (yang merupakan biro paling utama IM) di Gaza. Syeikh Salah Syahadah pula dilantik menjadi ketua sayap ketenteraan mereka. Operasi pertama yang mereka lancarkan pada September 1987 oleh Yahya al-Ghoul dan Salah Syahadah walaupun kecil impaknya, namun telah menjadi mercu tanda permulaannya lembaran jihad yang baru bagi IM di Palestin. Keadaan kucar-kacir itu memuncak pada 6 Disember apabila kumpulan Jihad Islami telah berjaya membunuh seorang warga Zionis. Rakyat Israel yang marah telah bertindak balas yang membawa kepada insiden pelanggaran 13 rakyat Palestin oleh warga Zionis menggunakan trak sewaktu mereka pulang dari kerja. Kesannya, empat orang telah meninggal dunia, manakala sembilan yang lainnya pula cedera parah.

pesan Saidina Ali bagi kita sebagai pengumpul harta..

10 jawapan Saidina Ali ketika ditanya mengenai kepentingan ilmu dan kekayaan.( leaves: From A sufi Journal

1. Ilmu pengetahuan adalah warisan para nabi. Kekayaan adalah warisan Firaun. Maka ilmu pengetahuan adalah lebih penting

2. Kamu perlu melindungi harta kamu. Ilmu pengetahuan melindungi kamu. Maka ilmu pengetahuan adalah lebih baik.

3. Orang kaya memiliki ramai musuh. Orang berilmu memiliki mempunyai ramai sahabat. Oleh itu ilmu jauh lebih baik.

4. Ilmu pengetahuan akan bertambah setiap kali dikongsi dengan orang lain. Kekayaan akan berkurang apabila dikongsi

5. Orang ilmu cenderung menjadi pemurah. Orang kaya cenderung kepada kedekut

6. Ilmu tidak hilang jikalau dicuri. Kekayaan akan hilang jika dicuri

7. Masa tidak dapat merosakkan ilmu. Kekayaan akan hilang bersama masa

8. Ilmu tidak dapat dikira dan dinilai. Kekayaan boleh dihitung dan dikira

9. Ilmu pengetahuan menjadi pesuluh minda. Kekayaan akan menggelapkan minda

10. Ilmu pengetahuan mendorong kepada perikemanusiaan. Kekayaan mendorong kepada keangkuhan seperti Firaun dan Namrud

sejarah yahudi

Kekeraskepalaan Israel membuat saya ingin mengetahui lebih banyak mengenai bangsa Yahudi dan Israel ini ... Korak-korek ke sana ke mari terkumpullah berikut ini, bila ada yang akan menambahkan, silakan ...

Siapakah bangsa Yahudi ini ??
Menurut studi sejarah yang didasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi erat hubungannya dengan kisah nabi Ibrahim AS yang ditengarai terjadi kurang lebih 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.

Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahwa Ibrahim (Abraham) AS, diperkirakan tinggal di daerah Palestina yang dikenal saat ini sebagai Al-Khalil (Hebron), tinggal di sana bersama Nabi Luth (Lot) (QS, 21:69-71). Putra nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian putra nabi Ishak adalah nabi Jakub. 12 putra nabi Yakub ini yang kemudian dikenal sebagai 12 suku Israel.

Putra bungsu nabi Yakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang dikenal dari sejarah, setelah ditinggalkan di padang pasir oleh kakak-kakaknya, berhasil menjadi kepala bendahara di Mesir. Karena itu ayahnya, nabi Yakub, serta kakak-kakaknya menyusul nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudak keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.

Karena kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa (Moses) AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir. Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM. Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan. Dalam Al-Qur'an, Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).

Setelah Musa AS, bangsa Israel tetap berdiam di Kanaan (Palestina). Menurut ahli sejarah, Daud (David) menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh. Selama pemerintahan putranya Sulaiman (Solomon), batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.

Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama arsitektur. Di Yerusalem, Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa. Setelah wafatnya, Allah mengutus banyak lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal mereka tidak mendengarkan mereka dan mengkhianati Allah.

Setelah kematin Sulaiman, kerajaan yahudi terbelah di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Yerrusalem. Dengan berlalunya waktu Suku yahudi jatuh di bawah Assyurriea dan Babilon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian. Ketika raja Perrsia Kyros 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora.

63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan ornag Romawi dan tahun 70 berhasil menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.

Awal terbentuknya Israel

Setelah itu kehidupan orang Yahudi hanya ada dalam pelarian dan pengejaran, baru di kekalifahan Usman, orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan. Akhir abad ke 19, ditunjang oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropa Timur berreimigrasi ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestina. Ini dimulai tahun 1881.

1896 Theodor Herzl kelahiran Budapest membuat Negara Yahudi. Tujuannya untuk membuat negara untuk orang Yahudi di Palestina, didukung oleh uang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.

1914 Di Palestina hidup 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan kekalifahan Usman di perang dunia ke-1, Palestina menjadi bola permainan para penguasa. Para Zionis ada di sisi Inggris dan Amerika.

1917 Tanggal 2 November mentri luar negri Inggris Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentara Inggris ke Yerusalem.

1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestina ke Inggris. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestina. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negar Yahudi di Palestina.

1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun ini hidup kurang lebih 80.000 orang Yahudi di Palestina

1933 Di Jerman dimulailah pengejaran secara sistematis orang Yahudi.

1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestina, tapi orang Yahudi dibantu oleh tentara Inggris.

1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggris.

1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestina

1945 Komisi Inggris Amerika menganjurkan penerimaan 100.000 orang Yahudi di Palestina, tapi kemudian ditolak oleh Inggris sehingga menyebabkan kerusuhan di antara Yahudi - Palestina.

1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.

1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestina dan tanggal 14 Mei meninggalkan Palestina. Tentara Yahudi memasuki Palestina dan mengusir orang Palestina yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion menyerukan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.

1949 Setelah perang, Israel diakui sebagai negara oleh UNO. Karena itu hiduplah ratusan ribu orang Palestina di pengasingan terutama di Gaza. Pemerintah Israel mengumumkan Yerusalem sebagai ibukota. Di Palestina ada sekitar 650.000 orang Yahudi.

Sumber dari :

1. http://www.tragedipalestina.com/sejarah.html

2. http://de.wikipedia.org/wiki/Judentum

Pages